Monday 3 February 2014

Ibu Hamil yang sihat



Assalamuailaikum..Syukur kepada Allah kita masih diberi peluang untuk terus berjuang dalam hidup. hah..hari ini nak kongsi tentang supplement yang saya ambil, saya dah bersama dengan shaklee selama 8 bulan. Anak dah pun 8 bulan. Saya mula mengambil supplement semenjak mengandung anak yang kedua seawal 3 bulan..saya ambil full set mengandung sebab ada jumpa dekat FB orang post and then saya tak baca habis pun. saya listkan produk dan terus pergi Shaklee Branch KK di temani suami. Sampai kat sana tanya kaunter macam mana nak jadi member, dia bagi form isi kena bayar RM75. Saya nak jadi member sebab untuk kegunaan sendiri, nanti agen-agen hentam saya harga mahal, baik saya jadi member dalam hati berkata-kata. HEHEHE...oh ya set mengandung saya ambil ialah (tengok Gambar kat atas tu). Alhamdullilah, saya sihat..anak pertama saya bersalin via ceaser, anak pertama 8 bulan saya hamil lagi..Alhamdullilah, rezeki anak tu hah..biarpun saya hamil rapat, namun saya rasa ok je. Takdelah penat semacam. Hari-hari kena turun naik tangga ke tingkat 4, sebab saya stay kat apartment paling atas. Pergi kerja kena gendong anak sulung atas perut, balik keja pun sama. Hah, ibu-ibu bayangkan..saya tetap macho...sihat, boleh berlari lagi..Alhamdullilah...ada supplement yang memberi kesihatan dengan izin Allah jua. Nutrien untuk ibu hamil penting ya ibu-ibu, bukan sahaja untuk kesihatan ibu, malah untuk keperluan bayi dalam kandungan. Alhamdullilah, saya melahirkan anak perempuan yang sihat,melalui ceaser juga syukur Ya Allah seberat 3.2kg hah..berat dari abang semasa lahir tau...dan yang pentingnya anak saya dah sepasang. Lepas ni saya kongsikan pula pengambilan berpantang bersama Shaklee pada entry akan datang insyaAllah. Kami mohon keampunan Mu Allah.