About Me

Assalamuailaikum, Salam sejahtera untuk semua, Saya Achilles Henrietta Dinasius atau pun istimewa saya Aara Rahimah..boleh panggil chiechiey....berhijrah adalah anugerah yang terindah buat saya. Saya rasa bertuah sebab memilih islam sebagai pegangan agama saya. Banyak perkara yang baik berubah selepas saya memeluk islam. Sukar untuk di gambarkan betapa tenangnya rasa di jiwa. Sungguh Allah sayangkan saya.. Alhamdullilah..terlalu banyak untuk di luahkan. Saat di Uji dengan ujian yang sangat mencabar, saya hampir jatuh, saya seringkali berduka namun doa ketika dalam kesedihan pasti Allah makbulkan. Lambat atau cepat..Allah tak pernah tidur mendengar rintihan kita. Yang penting niat dan kesungguhan kita. Syukur Allah.
Memilih untuk menjadi pengedar shaklee berdaftar di Kota Kinabalu kerana saya sendiri telah mendapat manfaat yang sungguh menakjubkan. Saya tak suka MLM..atau erti kata lain saya anti MLM...saya hanya ingin mencuba produk untuk kehamilan anak kedua. Alhamdullilah ianya sesuai untuk saya dan memberi saya tahap kesihatan yang lebih baik. Saya memilih untuk menjadi pengedar shaklee dan ingin menyebarkan kebaikan shaklee ini kepada mereka yang berada dekat dengan saya atau kepada anda yang tinggal berhampiran dengan kawasan kota kinabalu..saya sedia membantu anda

Untuk pengetahuan anda, saya juga seperti anda di luar sana yang tidak suka dan percaya kepada vitamin-vitamin yang di jual bagai cendawan tumbuh yamg disirami hujan. Tetapi setelah berkenalan dengan produk shaklee, saya mula jatuh cinta. Mengapa agaknya saya jatuh cinta dengan produk shaklee? Saya berkenalan dengan Shaklee kerana mahu memberi yang terbaik kepada anak-anak. Saya tekad ingin susukan anak sepenuh masa setelah pengalaman anak pertama tidak mendapat susu sepenuhnya kerana kekurangan susu badan di sebabkan ilmu yang cetek tentang ilmu penyusuan bayi. 

Setelah saya hamil anak yang kedua, saya pun click mr Google untuk mencari sesuatu yang saya mahu tahu. Sekarang ini, semuanya hujung jari..klik sahaja mr google dan sampaikan pertanyaan pada Mr Google, yang pastinya banyak jawapan yang akan keluar. Mudah bukan. Pertanyaan saya pada mr google ialah "Shaklee" sebab saya pernah lihat wall FB seorang kawan, jom shake-shake..dan saya ada lihat tulisan shaklee pada botol-botol tersebut. Apa lagi sifat ingin tahu dan mahu meniru pun ada.

Oleh itu, pengalaman pertama saya ialah set hamil, dimana saya rasa dengan pengambilan set hamil shaklee, saya rasa lebih sihat dan bertenaga. Super mom walaupun anak pertama masih perlukan perhatian lebih. 

Selepas melahirkan, saya continue pula kepada set penyusuan ibu. Alhamdullilah...anak sudah berumur 1 tahun 7 bulan masih menyusu. Alhamdullilah rezeki Allah untuk si anak. 

Kerana berpuas hati dengan produk ini, saya mula pula kepada supplement untuk memelihara kecantikan. Sebagai ibu, selepas melahirkan anak jangan pula kita abaikan kesihatan dan kecantikan kita. Kita sudah berkorban banyak demi untuk anak kita, tak salah minta sponser kat hubby untuk maintain kesihatan dan kecantikan kita. Betul kan..kita yang mengandung 9 bulan, sayang..9 bulan bukan masa yang mudah buat kita. Terboyot-boyot tau. 1001 urat-urat kita putus semasa melahirkan anak. Inilah masanya suami membalas jasa kita kan..hehehe..jadi jangan segan minta hubby sponser untuk kesihatan dan kecantikan kita. Bukan untuk orang lain tapi untuk suami kita juga.

Saya memang teruja dan sangat berpuas hati dengan kulit saya sekarang. Dulu memang saya ada masalah kulit kering dan kusam. Nak pakai foundation pun susah..sekarang kulit wajah macam remaja sweet 16 gitu. Tiada masalah jerawat..pori-pori dulu yang saya risau beransur-ansur pulih. Jangan putus masa, kita masih boleh mendapatkan kulit remaja kita dulu, malah lebih baik dari musim remaja dulu sebab time kita remaja mana ada duit duit untuk beli produk nak jaga kecantikan kan. Bukan tidak mau..tapi tak ada wang. paling mampu milik pun beli FAIR & LOVELY...berangan-angan nak jadi putih dan dahi licin pelakon hindustan gitu. hahaha..

Kota Kinabalu, penampang or seluruh sabah People..Free guide untuk anda bagaimana untuk consume vitamin-vitamin shaklee sesuai dengan masalah kesihatan anda.Seseorang itu di anggap KAYA jika mempunyai tahap kesihatan yang baik. Kerana jika punya duit bergunung tapi tak sihat tidak erti lah kehidupan itu. Mencegah lebig baik daripada mengubati. InsyaAllah..niatkan yang baik-baik. Nak sihat sebab??? anda punya jawapan sendiri. kipidap!



With love,
Chiechiey

0 comments:

Post a Comment